Ok, aku mungkin si blogger penakut

ok, aku tahu aku comel

Ok, aku mengaku aku agak kebudak-budakan. Otak aku masih lagi berunsurkan watak-watak animasi masa lalu yang kadang-kala menjadikan aku kurang berfikiran matang. Aku sendiri merumuskan kenyataan ini apabila melihat entri-entri aku yang lepas.

Adakah itu bermaksud aku telah tua dan mula berfikir secara mature?

Erk, aku tidak pasti.

Mungkin lebih tepat aku katakan, aku perlahan-lahan keluar dari kepompong aku dahulu. Yalah, selepas beberapa lama bergelumang dengan pahit, manis, pelat, tawar, asam-asam pedas dunia blogging (walaupun tidaklah lama), cukup untuk membuka mata aku bagaimana aku mahu menjadikan aku sebagaimana yang aku mahu.

Mungkin tidaklah sehebat Melayu Minimalis dengan sharp-observation + kelakar bersahajanya ataupun Magenta dan Sarah the One yang “kata-katanya” hidup bagi aku. Tapi cukuplah menjadikan aku sebagai salah seorang blogger yang ada kala pendapatnya boleh diterima secara mature. Tidak secara total mahupun ditolak secara mentah.

Aku cukup suka kalau ada blogger-blogger itu pandai menggoreng ayat menjadikan ayat itu kelihatan bersahaja tetapi nampak kool. Juga blogger yang pandai membuat komikal dalam entrinya. Kalau di senaraikan satu persatu mungkin ruang Sarapan Pagi aku itu cukup panjang. Juga aku sangat respek blogger yang berani menceritakan permasalahan ruang privasi mereka sehingga kadang-kala ketika aku membaca, aku turut meletakkan diri di tempat mereka. Cuba memikirkan apa aku akan buat andai kata aku sendiri mengalami hal itu.

Apapun, satu perkara yang menjadi sering menjadi hambatan kubikel fikiran aku sekarang adalah bagaimana menulis tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Ada sesetengah orang berkata, “ini blog aku, suka hati aku la mau tulis apa”. Ya betul, tapi mungkin aku ini adalah manusia tipikal yang belum cukup open lagi. Lantas aku masih lagi perlu memikirkan banyak kali apa yang ditulis sebelum mem-publish. Takut-takut ada yang akan terasa. Yalah, untuk menjaga perhubungan lah katakan. Pendek kata, aku mungkin si blogger yang penakut. Tapi andai kata aku ini mempunyai alter ego sendiri, yang tidak dikenali sesiapa melainkan virtual scene, mungkin ya, mungkin aku menjadi manusia yang tidak mempedulikan perasaan orang lain. But, why so serious? (ok, tagline ini suda season).

At the end, aku sangat berterima kasih kepada readers aku yang sudi meluangkan masa membaca entri-entri aku. Yang sudi meramaikan statistik aku. Aku bukanlah si penulis yang baik ataupun si penangkap gambar yang ulung (photographer adalah gelaran SUCI bagi aku dan aku tidak sama sekali layak untuk gelaran itu). Tapi cukuplah serpihan-serpihan hidup aku ini (macam mau mati seja) menjadi tatapan kalian bila mana kamu boring dan accidently dump into my blog. Aku bukan mencari populariti tapi aku hanya ingin berkongsi sebahagian kecil scenery dalam hidup aku. Yang aku rasa logik untuk dikongsi. Hahaha.

Thank you very much!

PEACE!

7 komen:

  1. jos said,

    selagi ko masi tulis, selagi tu se tatap baca. haha.

    on August 7, 2008 7:29 AM  


  2. Anonymous said,

    tulis je ape yg kamu tulis, jadi diri kamu sndiri..macamana hati kamu macamane jiwe kamu, itu la kamu..tak perlu menulis untuk jd seperti org lain..go miko go!!!


    dani izwan zainol

    on August 7, 2008 6:52 PM  


  3. yoshz said,

    Hey ya...
    y so serious??
    setuju dgn kamu ttg sarah the one.

    Jumpa blog kamu thru Feedjit. baru belajar install. sila tunjuk ajar~
    Thx! teruskan membaca idrul nafis..

    on August 14, 2008 6:20 PM  


  4. :)

    on August 14, 2008 9:20 PM  


  5. jos: ko memang geng la jos...ekekek

    dani: hahahha...ya betul2...

    yoshz: tetiba jadi serius...hahahha

    atiqah: :D

    on August 16, 2008 8:19 AM  


  6. ganbatte kudasai!

    on September 5, 2008 1:28 PM  


  7. MM: Hait! :)

    on September 5, 2008 7:17 PM